SELAMAT DATANG KE LAMAN PUSAT AKSES SMV DATUK SERI MOHD ZIN                               TERIMA KASIH KERANA MELAWAT                              

Monday, 10 October 2011

Permohonan Kemasukan Tahun 2012


Klik Gambar di atas untuk Permohonan Kemasukan Tahun 2012 ke :
1.Kolej Vokasional
2.Sekolah Menengah Teknik
3.Sekolah Menengah Vokasional


Wednesday, 7 September 2011

Salam Aidilfitri

Kami di Pusat Akses SMV Datuk Seri Mohd Zin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Jika ada Salah dan Silap Terkasar Bahasa harap Dimaafkan.Semoga Berbahagia di Hari Raya Tahun 2011 ini.Kepada batch SPM 2011 ingat cakap GPK1,Raya kamu semua hanya SEHARI.


~klik to enlarge~

Tuesday, 23 August 2011

Salam Lebaran


Salam Lebaran...
Kami dari PUsat AkSes SMV Datuk Seri Mohd Zin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua umat manusia yang sering mengunjungi blog kami.
Terimalah Pantun dari kami:-


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia.



Tinggi sungguh terbang rajawali,
Bintang di langit yang dicari,
Manusia di pagi raya juga mancari,
Ampun maaf menyusun sepuluh jari.



Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia.




Wednesday, 20 July 2011

APAKAH ITU PUSAT AKSES???

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self-learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Tuesday, 26 April 2011

Bengkel Pemurnian Pembinaan Blog Bagi Juruteknik Sekolah-Sekolah Negeri Melaka

Kursus Bina Blog FT17

Satu Kursus membina blog anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan diadakan di SMV Datuk Seri Mohd Zin. Ia akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2011
Masa : 8.00 - 5.00
Tempat : Makmal Komputer SMV Datuk Seri Mohd Zin

Kemudahan

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di Pusat Sumber SMVDSMZ :
  • Mempunyai 10 buah set komputer yang dilengkapi kemudahan internet.
  • Antivirus.
  • Kemudahan mencetak hasil kerja.
  • Kemudahan tempahan bagi membolehkan para pelajar untuk menempah sebelum menggunakannya agar tiada perebutan ketika menggunakannya.
  • Terdapat 6 orang Pengawas Pusat Akses yang boleh membantu pelajar ketika mengendalikan komputer.

SMVDSMZ